Sabtu, 20 Mei 2017

KENALI PENYAKIT BIPOLAR DISORDER

Tahukah anda dengan penyakit BIPOLAR DISORDER? Pernah dengar? atau ini pertama kali mendengarnya. Hah, samalah dengan saya. Sebabnya bila ada seorang customer ini menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan cadangan suplemen untuk penyakitnya iaitu BIPOLAR DISORDER. alamak? kelam kabutlah saya menGoogle mengenai penyakit ni. Bila dah cari cari dan membacanya, barulah saya faham. Jadi, apakah BIPOLAR DISORDER itu?

Bipolar Disorder atau juga dikenali sebagai mania-kemurungan ( manic depressive illness ) adalah penyakit yang membabitkan mental dan perubahan mood dan perasaan yang tidak menentu dan melampau sehingga menjadi tidak terkawal. perubahan yang terlalu drastik dari perasaan gembira dan sedih akan membuatkan diri pesakit tidak boleh mengawalnya malahan akan mengganggu kehidupannya dan jika tdak dirawat, pesakit mungkin akan membunuh diri.

Dianggarkan sebanyak 1.2% daripada populasi yang berumur 18 tahun ke atas didapati mempunyai masalah penyakit bipolar. Kebiasaannya, masalah bipolar mula berlaku pada tempoh lewat remaja iaitu di antara umur 17 tahun dan 21 tahun. Tetapi ada juga mereka yang sudah mengalami simptom awal bipolar semasa kanak-kanak lagi dan ada juga pesakit yang lewat mengalami simptom tersebut.

Simptom-Simptom Bipolar?
Tanda-tanda awal masalah bipolar seringkali tidak dikesan atau dikenalpasti sebagai suatu penyakit kerana masayarakat mungkin menganggap perubahan sikap dan perasaan sedih serta gembira itu hanyalah sikap semulajadi seseorang itu. Akibatnya, ramai pesakit bipolar telah menderita dari penyakit tersebut selama bertahun-tahun sebelum dapat didiagnos dengan betul dan sebelum menerima rawatan yang sewajarnya. Seperti penyakit kronik yang lain seperti kencing manis dan darah tinggi, penyakit bipolar adalah suatu penyakit jangka masa panjang yang harus dirawat dan dikawal sepanjang hidup pesakit.

Selain daripada perubahan perasaan atau mood secara mendadak (mood swing), pesakit bipolar turut mengalami perubahan yang ketara dari segi sikap dan tenaga. Perubahan mood yang melampau dari mood mania kepada kemurungan ini adalah tanda utama untuk diagnos pesakit yang mempunyai penyakit bipolar ini. Tempoh masa berlakunya perubahan-perubahan tersebut disebut sebagai episod mania dan episod kemurungan.

Tanda Dan Simptom Episod Mania:
* Sangat bertenaga, sangat aktif dan tidak boleh duduk diam
* Kelihatan terlampau gembira atau “high” dan terlalu baik
* Cuma memerlukan masa tidur yang pendek
* Fikiran yang berserabut
* Bercakap dengan kuat dan cepat
* Sukar fokus pada satu-satu kerja
* Lemah pertimbangan
* Keyakinan yang tidak realistik tentang keupayaan sendiri
* Provokatif, cepat marah dan agresif

Tanda Dan Simptom Episod Kemurungan:
# Perasaan sedih atau tiada mood yang berpanjangan
# Sangat pesimis dan merasa tiada harapan untuk berjaya dalam apa-apa kerja
# Merasakan rendah harga diri dan berasa bersalah tanpa sebab
# Hilang minat terhadap perkara yang biasanya digemari
# Sentiasa berasa lemah dan tiada tenaga
# Tidak dapat tidur
# Berfikir tentang bunuh diri atau kematian

dayang zuraida
0138466916
pengedar shaklee kuching
fb/ig:dayang zuraida
fp; dayangzuraidacorner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan