Pernah tak selama hidup ni, dengar pasal Panadol duduk dalam badan selama 5 tahun? Paling kurang 5 tahun? Apa dia buat ye selama 5 tahun tu? Pikir jap.
Panadol (brand name) ni mengandungiparacetamol yang gunanya adalah untuk melegakan kesakitan (pain reliever – I prefer to use this rather than painkiller sebab bunyipainkiller sangat menakutkan). Paracetamolada effect untuk mengurangkan demam (anti-pyretic) dan juga melegakan kesakitan (analgesic). Sebab tu kalau demam atau pening kepala doktor bagi ubat ni je kalau kita pergi hospital/klinik pun.
Jangka hayat paracetamol untuk kuantitinya menjadi separuh (half life) adalah selama 2 jam (1 – 4 hours, depend on person). Ini bermakna sangat cepat dia disingkirkan dari badan dan mana mungkin dia boleh stay dalam badan selama 5 tahun!
Walaubagaimanapun, dose untuk paracetamol hanyalah 4000mg sehari @ 8 biji (500mg) @ 6 biji (650mg).
Tidak boleh lebih!
Walaupun sebiji.
It is a big NO!!!
Ni baru boleh menyebabkan side effect yang sangat merbahaya kepada badan iaitu kegagalan hati untuk berfungsi! Ini adalah kerana paracetamol yang dah terlebih-lebih tu akan menghasilkan metabolite yang bertoksik kepada badan. Secara tidak langsung kesihatan buah pinggang pun akan turut terjejas. Sebab tu dia adalah selamat selagi tidak melebihi dose yang ditetapkan.
jangan ambil risiko ke atas badan kita ni..badan nak guna lama tau...
#cabaran30hariblog
#annajahgroup
#day16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan